RSS

Thursday, November 19, 2009

Matlamatku...

Sehitam helaian rambut yang mengurai
Tetap berbeza struktur dan nilai...
Semerah belahan hati
Tetap berbanding ilham nurani...
Sehijau nyamannya daun
Tetap kering diintai mentari...
Sebiru ombak yang menghempas
Tetap tenang dibelai angin...
Seputih kapas berputik
Tetap berwarna dicanting saga...
Kanvas kehidupan
Melatari alam
Melakar keajaiban...
Kelam atau terang
Suram atau riang
DIA tetap MAHA Penyayang...
Menimbang segala
khilaf dan dendam...
Membanci segala kejahilan jua kebatilan

~~~>@

HidayahMU...


Kirimkan kekuatan
Tetap pedoman di kesesatan...
Sungguh aku, bukan wali...
Yang suci dari hina dan benci...
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang kudamba...
Tiada yang sempurna
hanyalah fana...
Tuhan, ampuni hambaMU...
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam...
Kutanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga...
Ya Tuhanku...hanya padaMu...
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihMu...
Dalam tahajud, cinta bersujud...

~~~TAHAJUD CINTA...

Saturday, November 14, 2009

'Réfléchir à par cœur'



Salam seharum kasturi buat semua penulis-penulis blog yang tidak jemu menitipkan tulisan di gerbang maya ini, terutamanya buat 'lab girl' yang menjadi pencetus kelahiran 'Réfléchir à par cœur' ... semoga bahagia sentiasa bertaut pada sulaman kasih anda bersama arjuna si hati... :)


Sesungguhnya belum ada warna untuk aku menvariasikan 'Réfléchir à par cœur' ini dengan nukilan-nukilan mulus dari hati...kerana medan blog ini bukanlah niat dari perancangan sanubariku, tetapi adalah hasil daripada saranan 'lab girl'...menurutnya aku mungkin mempunyai sejuta lembaran untuk aku coretkan sebagai kiasan yang terlukis jiwa...erm, mungkin betul kata 'lab girl'... aku memerlukan sesuatu yang mungkin dapat menjadi pelangi di kala hujan panas hari-hariku, dan mungkin juga sebagai serpihan mentari di sebalik mendungnya awan... terima kasih daun keladi kepada 'lab girl'! Tidak mungkin aku melupai payung yang dihulurkan di saat gerimis melanda... merci...

Will be continue... au revoir!