RSS

Thursday, October 6, 2011

Bahasa : Lelaki vs Wanita

Apa itu bahasa? Takrif bahasa amat luas untuk dibahaskan secara umum kerana bahasa bukan sahaja berkait dengan sistem tulisan, bahkan merangkumi aspek lisan yang digunakan oleh sesebuah masyarakat. Jika dibicarakan tentang fungsi bahasa pula, ia sebenarnya sesuatu yang universal untuk diterjemahkan kerana penggunaannya tiada batasan sebagai alat berkomunikasi, menyampaikan buah fikiran dan perasaan, ataupun hasrat yang terbuku di hati.


Siapa pula yang menggunakan bahasa? Jika difikirkan secara logik, semua makhluk Allah di muka bumi ini mempunyai bahasa masing-masing yang hanya difahami oleh mereka yang menuturkannya sahaja. Kalaulah kita hidup pada zaman Nabi Sulaiman a.s, boleh juga mengetahui rupa bentuk bahasa para binatang. Namun, berpijak di bumi yang nyata pada hari ini jika dibayangkan binatang boleh bercakap, tidak mustahil bahasa mereka juga wujud dalam kokurikulum pembelajaran di Malaysia. Namun bagi sesetengah peminat binatang kesayangan Muhammad S.A.W iaitu kucing, mungkin ada yang merasa mudah untuk memahami tingkah laku bintang tersebut melalui body language nya. Berbalik kepada fokus kita iaitu bahasa, golongan yang menggunakannya adalah sekelompok manusia yang tinggal di sesebuah lokasi yang mengamalkan budaya dan cara hidup yang sama. Jika lokasinya berbeza, maka berbezalah bahasa yang digunakan dan mungkin boleh, mungkin juga tidak boleh untuk difahami oleh kelompok masyarakat yang lain kecuali dengan proses pembelajaran bahasa secara formal atau tidak formal. Contohnya bahasa asing seperti Arab, Inggeris, Perancis, dan sebagainya yang dipelajari oleh sebahagian dari kita semua untuk kefahaman atau pembelajaran. Oleh itu, tanpa pembelajaran dan pergaulan yang kerap, tidak mungkin kita dapat memahami bahasa kelompok masyarakat yang berbeza dengan kita dari segi kebudayaan dan lokasi tempat asal.

Kedua – dua entiti di atas (bahasa dan masyarakat) mempunyai hubungan yang amat luas dan kompleks sifatnya sama ada secara lisan, tulisan, mahupun bahasa badan. Pernahkah kita memerhatikan perbezaan yang terkandung antara bahasa yang dituturkan oleh kaum lelaki dengan bahasa yang dituturkan oleh kaum wanita? Bahasa dalam konteks ini bukanlah jenama bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan sebagainya, tetapi ciri-ciri, laras-laras, atau bentuk-bentuk bahasa yang dituturkan. Contohnya, jika kita perhatikan lenggok atau gaya bahasa percakapan yang digunakan oleh ibu dan bapa kita, tentulah berbeza bukan? Apabila seorang ibu meminta seorang anak untuk melakukan sesuatu dan permintaan itu tidak diendahkan oleh anaknya, sudah tentu suruhan tersebut akhirnya diikuti dengan leteran yang panjang lebar umpama stesen radio klasik. Ini berbeza jika suruhan itu datangnya dari mulut seorang bapa, jika anaknya tidak menghiraukan apa yang diminta, jarang terdapat si bapa yang mengakhiri suruhannya dengan kalimah yang meleret-leret. Jadi, mengapakah dan bagaimanakah perbezaan begini boleh berlaku?


Perbezaan yang wujud di dalam bahasa lelaki dan wanita merupakan salah satu isu menarik yang dikupas di dalam salah satu cabang ilmu bahasa iaitu sosiolinguistik. Hubungan bahasa dengan jantina dan gender mendalami sejauh mana kaum lelaki berbeza daripada kaum wanita dari segi gaya percakapan, struktur ayat, dan makna ayat (semantik) yang dituturkan. Menurut Chambers (1995), beberapa penelititan telah mengesahkan perbezaan tersebut antaranya adalah berkenaan penggunaan bentuk-bentuk bahasa yang bersifat baku dan berprestij. Tokoh-tokoh bahasa dari barat mengolahkan perbezaan bahasa antara lelaki dan wanita dalam pelbagai persepsi. Mereka berpendapat bahawa kaum wanita memperlihatkan tahap kepekaan yang tinggi terhadap ciri-ciri bahasa berbanding kaum lelaki. Wanita juga memperlihatkan tahap kesedaran yang maksimum terhadap norma yang berprestij pada kedua-dua penggunaan bahasa mereka yang sebenar serta sikap mereka terhadap bahasa. Pendapat-pendapat ini ada kebenarannya kerana jika kita lihat, masyarakat Melayu sendiri seolah-olah bersetuju dengan idea ini melalui bahasa percakapan yang ditonjolkan melalui drama-drama Melayu. Apa tidaknya, rata-rata drama Melayu yang ditayangkan di kaca televisyen kita menunjukkan pelakon wanita lebih cenderung menggunakan bahasa-bahasa yang dianggap berprestij apabila mencampur adukkan bahasa Melayu mereka dengan bahasa Inggeris. Pemerhati yang baik juga mungkin menyedari bahawa skrip drama di Malaysia yang mencampur adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dianggap sebagai prestij itu biasanya terdapat di dalam dialog ‘orang kaya’ sahaja terutamanya wanita. Ini bertepatan dengan pendapat Labov (1990) yang menyatakan bahawa kaum wanita lebih kerap menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang berprestij, berbanding bentuk-bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan lelaki. Satu kajian pernah dilakukan di Malaysia iaitu di Rumah Pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Kerinai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1992 mendapati bahawa kaum wanita Melayu di kawasan tersebut lebih cenderung menggunakan kelainan, iaitu ragam bahasa yang dianggap berprestij.


Sayang Kamu ~



Setelah sekian lama tidak melakukan 'housekeeping' ke atas blog ini, hari ini mood untuk meng'update' blog datang lagi :) Kehidupan berjalan seperti biasa... belum ada orang baru (doakan saya ye!).

Minggu ini terasa agak lega kerana terlepas dari satu 'azab' (kata kawan-kawan di Melaka). Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan praktikal Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di tempat sendiri. Seronoknyeeee, kerana banyak 'bonus' yang

saya dapat. Antaranya yang pertama, tidak perlu merasa terasing mengajar di tempat orang/tempat baru. Yang kedua, saya dan kawan-kawan di sini (Cg.Azian & Cg. Syakirah) mendapat supervisor yang sangatlah sporting dan satu kepala kerana beliau sangat tidak keberatan untuk meringankan beban kami dengan menjadikan tempoh praktikal kami ini tidaklah terlalu stres d

engan peraturan-peraturan yang tradisional. Walau apapun, temp
oh htamat praktikal ini m
asih lagi tidak rasmi selagi Oktober tidak mengundurkan diri:)



Inilah penyelia kami,
Dr.Intan Safinas (UPSI)


Okey, habis cerita tentang praktikal. Ada lagi perkara yang membuatkan hati saya berbunga-bunga pada minggu
ini. En. Suami saya telah membuat suprise untuk saya dengan menghantar sejambak bunga ke pejabat saya! Ohhhhh, seperti tidak percaya kerana sebelum ini dia hanya memberikan bunga apabila saya memintanya ! Walaupun agak terkejut, tapi pastilah senyum saya sampai ke telinga apabila bunga indah men
ghiasi meja kerja saya yang berselerak. Fuh.... berselerak kerana banyak komitmen yang perlu saya selesaikan selain mengajar anak-anak pelajar. Salah satunya adalah menyiapkan artikel-artikel untuk majalah kami (Al-Furqaan) di mana saya dipilih sebag
ai salah seorang sidang redaksi yang bertanggungjawab menyediakan artikel-artikel tertentu.


Akhir kalam, nanti saya sambung update lagi 'tahun depan' :P

Inilah penyeri meja yang tidak terurus :)








Monday, June 20, 2011

H.O.M.E .S.W.E.E.T.H.O.M.E


Rumah? Siapa yang tidak mahu berada di rumah? Tak kiralah rumah kita tu banglo ke, pangsa ke, pondok buruk ke… kita mesti selalu teringat rumah kita kan? Rumah tempat kediaman yang pastinya mempunyai nilai sentimental ketika bersama keluarga tersayang Rumah… tempat kita bersuka ria dan berduka sama-sama dengan adik beradik dan kedua orang tua. Sejauh mana rasa bahagianya ketika berada di rumah, bergantung kepada kita yang mencorakkan suasana di dalam rumah… Erm…. Tapi, kalau orang yang tinggal keseorangan macam mana ye? Nak corak dengan apa? Pensil? Water colour? Buncho? Luna? Itu pun terserah kepada diri sendiri.

Bercerita tentang R.U.M.A.H, teringat pula kepada nenda tersayang yang telah pergi menghadap Ilahi semenjak sekian lama… Syarifah Mariam, itulah nama indah milik nendaku. Nendaku semasa hayatnya sangatlah suka berpantun dan bersyair. Antara yang aku masih ingat adalah rangkap ini :

“Bismillah itu awal perkataan, baca saudara dengan kesukaan… fahamkan makna jangan kedukaan, isyarat kepada sekalian ikhwan…”

Wahhhh ! Sangat indahkan bahasa yang dilagukan di dalam syair ini? Malangnya aku tidak mampu untuk mengingati lebih banyak, apalagi keseluruhan syair itu! Ketika aku sempat bersamanya semasa hayatnya masih ada, beliau menghidap penyakit nyanyuk yang sangat kronik… sehingga tidak mengenali anaknya sendiri. (Hurmmm, terfikir pula, bagaimanakah aku ketika 60 atau 70 tahun akan datang? Hidupkah? Matikah? Nanyukkah? --- yang pasti bukan kerja kita, hiduplah dengan sabaik-baiknya kerana DIA MAHA MENGETAHUI)

Yang paling melucukan tentang nenda tersayang (oleh kerana beliau nyanyuk), beliau sentiasa mengeluarkan kata-kata , “Aku nak balik,” walaupun ketika itu beliau telah berada di rumah beliau sendiri. Betapa kuatnya ingatan nenda terhadap terataknya sebagai saksi kehidupannya dan anak-anak. Pahit ke, manis ke, masam ke, masin ke… pasti rumah yang selalu akan kita ingat walau di mana berada. Kiranya, dalam dunia globalisasi sekarang, pengaruh positif dari dalam rumah itu amatlah perlu kan? Dari rumahlah bermulanya warna sebenar kehidupan yang akan ditempuhi oleh anak-anak ketika keluar dari rumah. Kadang-kadang terdapat manusia yang tak suka balik ke rumahnya. Mungkin kerana bosan, sunyi, pergolakan di dalam rumah tangga,.. Mungkin juga tidak menyukai suasana yang aman di rumah kerana mahukan sesuatu yang berbeza. Walau apapun, percayalah, sejauh mana kita melangkah, sejauh mana kita tercampak, sejauh mana kita lari, kita tidak mampu menepis perasaan “Nak balik ke rumah!” walaupun sudah nyanyuk!

Rumah yang seindah syurga mungkin terapi yang baik untuk seorang manusia yang merindukan kebahagiaan dan kerukunan suasana di dalam rumah. Rumah yang dianggap sebagai neraka pula mungkin serasi dengan diri individu yang tidak pernah merasakan kebahagiaan dari dalam rumah. Hiasilah dunia “rumah” agar kita tidak timbul perasaan yang ‘asing’ terhadap rumah sendiri. Segala-galanya bermula dari RUMAH !

Friday, June 3, 2011

Bahagiakah Kita?

B.A.H.A.G.I.A… Sejauh mana kita memahami maksud bahagia dan sejauh mana kita menjalani hidup demi mencari damai yang abadi? Tepuk dada, tanyalah iman… Kadangkala dugaan yang diberi sebagai bunga-bunga ujian itu kita anggap sebagai ketidakadilan dari Yang Maha Esa…sehingga kita terlupa tiada makna bahagia yang sempurna kerana istilah bahagia itu sebenarnya amat subjektif. Dalam kehidupan sehari-hari, bermacam-macam jenis manusia yang kita jumpa kan? Bak kata seorang sahabat, “Dunia ni pelik… manusia pun pelik-pelik…”. Ada manusia yang suka menyumbang demi kebahagiaan orang lain ---kerana merasa bahagia apabila orang di sekelilingnya bahagia. Ada manusia yang suka kepada kepentingan diri sendiri --- kerana hanya dengan cara itu dia dapat merasa erti bahagia. Ada juga manusia yang tak senang melihat kebahagiaan atau kesenangan orang lain, bila tak senang hati pun sakit. Untuk bahagia, dia akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya (menjaja cerita, membuka aib, dan sebagainya). Kerana dengan tindakan itu akan membuatkan dia puas dan rasa bahagia. Ada orang yang miskin harta tetapi tetap merasa kebahgiaan itu miliknya selagi berada di samping orang-orang tersayang. Ada manusia yang tidak memerlukan orang lain di sisi dan hanya merasakan bahagia itu miliknya apabila angka-angka di dalam akaun bank sentiasa membesar. See…. Bahagia itu sesuatu yang subjektif bukan?

Erm, kalaulah bahagia itu boleh dibeli seperti membeli ayam goreng semudahnya di Drive Thru… kalaulah bahagia itu boleh ditanam dan dijaga seperti semudahnya kita membela lalang-lalang di belakang rumah… kalaulah bahagia itu mudah untuk diberikan semudahnya bait-bait kata yang keluar dari bibir (tidak perlu bayarpun)… Pasti tiada istilah berduka dan jiwa lara kerana mimpi kebahagiaan yang tidak tercapai…

Kadangkala apabila ditimpa musibah atau dugaan yang tidak tercapai dek akal, kita memerlukan masa BERSENDIRIAN untuk menyingkap ketenangan merenung erti bahagia… Bukanlah segala apa yang kita impikan di dalam hidup ini kita akan dapat. Sebagai manusia kita hanya mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam hidup dengan harapan segala yang DIA berikan untuk kita akan menjadi sempurna. Apabila kita telah mekakukan yang terbaik demi melihat bahagia dari sudut fikiran kita sendiri, namun terdapat anai-anai perosak yang mencabar harapan kita, adakah kita yang bersalah? Adakah ibu bapa yang bersalah? Adakah orang sekeliling yang bersalah? Atau mungkinkah kita sendiri yang tidak pernah mahu bersyukur…? Kita tidak mampu menghalang apapun yang telah berlaku…hanya perlu berdoa untuk dikurniakan hikmah di sebalik musibah yang menimpa… Mungkin perlu disisihkan rusuh hati, mungkin perlu dilupakan kecewa yang mengikat perasaan, mungkin perlu dibutakan mata apabila melihat bahagia orang tidak seperti seadanya yang kita miliki…

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti… Apapun yang berlaku USAHA dan DOA adalah segala-galanya. Mampukah diri untuk bertahan? Sandarkan pada Yang Esa walaupun tidak dapat memadamkannya di sebalik rintihan hati yang tersembunyi. Semakin terduga jalanan yang bernama KEHIDUPAN ini, semakin besar kasih-sayangNYA kepada kita…Wallahualam ~





Sunday, January 23, 2011

2011


Salam sejahtera untuk semua

Semoga 2011 penuh ceria

Harap semua bersemangat membara

Berbakti untuk nusa dan bangsa

Ewah-ewah berpantun pulak hari ini... biasalah, bila otak dah letih bekerja mengolah idea untuk mengajar, bila suara dah takde untuk berleter membingitkan telinga pelajar, bila mata dah semakin layu menjelang tengah hari, nak bergerak pun agak pasif, jadi lidah pun mulalah bercakap merapu-rapu keseorangan sebagai senaman mulut :)

2011 ini sangat padat dengan aktiviti bagi saya, dengan jadual kelas, dengan DPLI (mungkin banyak majlis perkahwinan yg xdpt sy hadiri sepanjang tahun ini kerana mengikuti DPLI, apapun ‘selamat pengantin baru’ kpd bakal-bakal pengantin), dengan aktiviti pelajar, dan urusan peribadi yang pelbagai. Tahun baru ini banyak tanggungjawab baru yang diamanahkan kepada saya, walaupun banyak dan agak penat namun saya gembira sebab bagi saya semakin banyak tugas yang diberi, itu menunujukkan kita semakin dipercayai dan diperlukan dalam kerjaya. Ye la, mana ada kerja yang senang, mana ada kerja yang xde halangan dan cooobaan, yang penting bagaimana kita menghadapi serta melaksanakan kerja-kerja yg telah diamanahkan. Bila tanggungjawab kerja semakin bertambah, semakin terkejar-kejarlah melaksanakan tugas (itupun kalau hari rajin la ~ kalau bleh semua keje nk settle pd hari yg sama walau x urgent ~ kalu hari rajin la!). Entri ini sebenarnya tidaklah berisi sgt, hanya nk mencari point untuk menunjukkan meja kerja sy yg berserabut (nk bgtau ni betapa bz n rajinnya sy) hehehe…

Lusa, 25 Januari 2011 akan berlangsung temuduga untuk pengambilan pelajar-pelajar baru program shahadah (pelajar lepasan PMR) ke institut ini. Semoga bakal pelajar Tahun 1 2011 adalah dalam kalangan yang gigih dan bersemangat waja dalam memperjuangkan ilmu dunia dan akhirat. Amin…


* Azam 2011 ~ mahu memeberikan komitmen yang lebih baik berbanding tahun lepas sebagai seorang anak, isteri, pendidik, dan anggota masyarakat. Semoga sedikit sebanyak sumbangan sy di atas dunia ini dapat memahatkan nama baik sy di dalam hati semua pihak dan dapat menambahkan “reward” sy bagi melancarkan perjalanan di akhirat kelak… Amin.