RSS

Saturday, November 14, 2009

'Réfléchir à par cœur'



Salam seharum kasturi buat semua penulis-penulis blog yang tidak jemu menitipkan tulisan di gerbang maya ini, terutamanya buat 'lab girl' yang menjadi pencetus kelahiran 'Réfléchir à par cœur' ... semoga bahagia sentiasa bertaut pada sulaman kasih anda bersama arjuna si hati... :)


Sesungguhnya belum ada warna untuk aku menvariasikan 'Réfléchir à par cœur' ini dengan nukilan-nukilan mulus dari hati...kerana medan blog ini bukanlah niat dari perancangan sanubariku, tetapi adalah hasil daripada saranan 'lab girl'...menurutnya aku mungkin mempunyai sejuta lembaran untuk aku coretkan sebagai kiasan yang terlukis jiwa...erm, mungkin betul kata 'lab girl'... aku memerlukan sesuatu yang mungkin dapat menjadi pelangi di kala hujan panas hari-hariku, dan mungkin juga sebagai serpihan mentari di sebalik mendungnya awan... terima kasih daun keladi kepada 'lab girl'! Tidak mungkin aku melupai payung yang dihulurkan di saat gerimis melanda... merci...

Will be continue... au revoir!