RSS

Saturday, January 15, 2011

Pluralisme Agama


Hari ini telah berlangsung satu wacana ilmu yang sangat menarik pada sy, iaitu Wacana Isu – isu Semasa Akidah : Pluralisme Agama. Ini merupakan wacana ilmu luar yg pertama sy hadiri sebagai wakil jabatan sy yg diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Wacana ini bertemakan ‘Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’

Apakah maksud pluralisme sebenarnya? Pada awalnya, sy sendiri tertanya-tanya apa itu pluralisme. Pengetahuan cetek sy memberitahu sy bahawa pluralisme merupakan kepelbagaian masyarakat yg pelbagai kaum, mempunyai kepercayaan, kebudayaan, keagamaan, yg berbeza. Erm, sejauh manakah kebenaran pengetahuan sy itu? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pluralrisme bermaksud keadaan yg majmuk, kemaj­mukan: motivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu; keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati.

Pluralisme agama? Menurut salah seorang pembentang kertas kerja pada majlis ini iaitu Dr. Ahmad Bazli Shafie, maksud pluralisme agama yg mungkin boleh diterima adalah suatu gagasan yg menganjurkan toleransi agama sebagai prasyarat utk mewajarkan pengamalan agama secara harmoni (Sanggahan Terhadap Pluralisme Agama – prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas). Walau apapun definisi yg diberikan, wacana ini telah berlangsung dengan hangat dan mendapat sambutan menggalakkan daripada audiens. Pelbagai persoalan dan isu semasa yg ditimbulkan pada sesi soal jawab setiap pembentangan.

Antara pembentang kertas kerja dalam majlis ini ialah Y.Bhg Dr. Anis Malik Thoha daripada Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau membentangkan kertas kerja yg bertajuk “Mencermati Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama”. Selain itu, kertas kerja yg bertajuk “Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama : Satu Pengamatan Ringkas” telah disampaikan oleh Fellow Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-UIA), Y.Bhg Dr. Muhammad Uthman El Muhammady. Isu mengenai fahaman dan amalan pluralisme di Indonesia pula telah dibentangkan oleh Dr. Syamsuddin Arif dari UIAM. Manakala Dr. Ahmad Bazli Dato’ Shafie dari Institut al-Quran Terengganu telah mengupas kertas kerja beliau yg bertajuk “Pluralisme Agama : Ancaman Terhadap Kemurnian al-Quran. Pembentang yg terakhir menutup tirai wacana ini ialah En. Aizam bin Mas’ud yg merupakan Penolong Pengarah (Cawangan Aqidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama JAKIM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Yayasan Taqwa (YT), dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT). Program ilmu ini sedikit sebanyak memberi input baru yg membawa kepada pemikiran yg lebih analitik dan kritis serta membuka mata hadirin terutamanya hadirin yg terdiri daripada pelajar – pelajar universiti dan juga kakitangan awam kerajaan.


*Terdapat kesalahan ejaan dalam gambar yg pertama di atas (Terenganu ---> Terengganu)