RSS

Sunday, January 23, 2011

2011


Salam sejahtera untuk semua

Semoga 2011 penuh ceria

Harap semua bersemangat membara

Berbakti untuk nusa dan bangsa

Ewah-ewah berpantun pulak hari ini... biasalah, bila otak dah letih bekerja mengolah idea untuk mengajar, bila suara dah takde untuk berleter membingitkan telinga pelajar, bila mata dah semakin layu menjelang tengah hari, nak bergerak pun agak pasif, jadi lidah pun mulalah bercakap merapu-rapu keseorangan sebagai senaman mulut :)

2011 ini sangat padat dengan aktiviti bagi saya, dengan jadual kelas, dengan DPLI (mungkin banyak majlis perkahwinan yg xdpt sy hadiri sepanjang tahun ini kerana mengikuti DPLI, apapun ‘selamat pengantin baru’ kpd bakal-bakal pengantin), dengan aktiviti pelajar, dan urusan peribadi yang pelbagai. Tahun baru ini banyak tanggungjawab baru yang diamanahkan kepada saya, walaupun banyak dan agak penat namun saya gembira sebab bagi saya semakin banyak tugas yang diberi, itu menunujukkan kita semakin dipercayai dan diperlukan dalam kerjaya. Ye la, mana ada kerja yang senang, mana ada kerja yang xde halangan dan cooobaan, yang penting bagaimana kita menghadapi serta melaksanakan kerja-kerja yg telah diamanahkan. Bila tanggungjawab kerja semakin bertambah, semakin terkejar-kejarlah melaksanakan tugas (itupun kalau hari rajin la ~ kalau bleh semua keje nk settle pd hari yg sama walau x urgent ~ kalu hari rajin la!). Entri ini sebenarnya tidaklah berisi sgt, hanya nk mencari point untuk menunjukkan meja kerja sy yg berserabut (nk bgtau ni betapa bz n rajinnya sy) hehehe…

Lusa, 25 Januari 2011 akan berlangsung temuduga untuk pengambilan pelajar-pelajar baru program shahadah (pelajar lepasan PMR) ke institut ini. Semoga bakal pelajar Tahun 1 2011 adalah dalam kalangan yang gigih dan bersemangat waja dalam memperjuangkan ilmu dunia dan akhirat. Amin…


* Azam 2011 ~ mahu memeberikan komitmen yang lebih baik berbanding tahun lepas sebagai seorang anak, isteri, pendidik, dan anggota masyarakat. Semoga sedikit sebanyak sumbangan sy di atas dunia ini dapat memahatkan nama baik sy di dalam hati semua pihak dan dapat menambahkan “reward” sy bagi melancarkan perjalanan di akhirat kelak… Amin.

Saturday, January 15, 2011

Pluralisme Agama


Hari ini telah berlangsung satu wacana ilmu yang sangat menarik pada sy, iaitu Wacana Isu – isu Semasa Akidah : Pluralisme Agama. Ini merupakan wacana ilmu luar yg pertama sy hadiri sebagai wakil jabatan sy yg diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Wacana ini bertemakan ‘Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’

Apakah maksud pluralisme sebenarnya? Pada awalnya, sy sendiri tertanya-tanya apa itu pluralisme. Pengetahuan cetek sy memberitahu sy bahawa pluralisme merupakan kepelbagaian masyarakat yg pelbagai kaum, mempunyai kepercayaan, kebudayaan, keagamaan, yg berbeza. Erm, sejauh manakah kebenaran pengetahuan sy itu? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pluralrisme bermaksud keadaan yg majmuk, kemaj­mukan: motivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu; keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati.

Pluralisme agama? Menurut salah seorang pembentang kertas kerja pada majlis ini iaitu Dr. Ahmad Bazli Shafie, maksud pluralisme agama yg mungkin boleh diterima adalah suatu gagasan yg menganjurkan toleransi agama sebagai prasyarat utk mewajarkan pengamalan agama secara harmoni (Sanggahan Terhadap Pluralisme Agama – prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas). Walau apapun definisi yg diberikan, wacana ini telah berlangsung dengan hangat dan mendapat sambutan menggalakkan daripada audiens. Pelbagai persoalan dan isu semasa yg ditimbulkan pada sesi soal jawab setiap pembentangan.

Antara pembentang kertas kerja dalam majlis ini ialah Y.Bhg Dr. Anis Malik Thoha daripada Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau membentangkan kertas kerja yg bertajuk “Mencermati Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama”. Selain itu, kertas kerja yg bertajuk “Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama : Satu Pengamatan Ringkas” telah disampaikan oleh Fellow Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-UIA), Y.Bhg Dr. Muhammad Uthman El Muhammady. Isu mengenai fahaman dan amalan pluralisme di Indonesia pula telah dibentangkan oleh Dr. Syamsuddin Arif dari UIAM. Manakala Dr. Ahmad Bazli Dato’ Shafie dari Institut al-Quran Terengganu telah mengupas kertas kerja beliau yg bertajuk “Pluralisme Agama : Ancaman Terhadap Kemurnian al-Quran. Pembentang yg terakhir menutup tirai wacana ini ialah En. Aizam bin Mas’ud yg merupakan Penolong Pengarah (Cawangan Aqidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama JAKIM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Yayasan Taqwa (YT), dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT). Program ilmu ini sedikit sebanyak memberi input baru yg membawa kepada pemikiran yg lebih analitik dan kritis serta membuka mata hadirin terutamanya hadirin yg terdiri daripada pelajar – pelajar universiti dan juga kakitangan awam kerajaan.


*Terdapat kesalahan ejaan dalam gambar yg pertama di atas (Terenganu ---> Terengganu)

Friday, January 14, 2011

I miss U all!

Hari ini sy rajin menulis entri utk blog… J jika entri sebelum ini menceritakan perjalanan ke-2 sy ke Melaka, entri ini pula sy nk cerita tentang dating terbaru sy… Isk, bkn dgn ex-boy, tp dgn sahabat2 dari tempat keje lama sy, >>> K. Yana dan Ziana @ ZZ. Haha, dating kami ni sebenarnya bertujuan utk meraikan hari lahir En. Mizami yg ke-26 (xpe ke I display U punya umur Mieyza? Hehe). Tp malangnya, birthday girl itu tidak dpt menghadirkan diri, punah harapan utk ber’sok-sek’-‘sok-sek’ dgn kamu Mieyza!

Walaubagaimanapun, kami (sy n ZZ) tetap diraikan oleh K.Yana J

Terima kasih daun keladi sbb belanja kami K.Yana, lain kali nak lg :P.

Malam tu K.Yana membawa kami makan-makan di Restoran D’Tunggal, erm.. pelik2 lauknya, sbb sy xpernah order yg pelik2 kot. (orang Tganu kate : darakkk!). Seperti biasa bila lama xjumpa, bermacam2 cerita yg dikongsi… ehemmm, dan cerita yg hangatnya ialah ramai pula dlm kalangan kwn2 lama sy akan mengakhiri zaman bujang, Alhamdulillah…K.Yana n ZZ, kamu pun sila cepat2 ye!

Antara lain yg menjadi bualan hanyalah perkembangan baru kwn2 di Jalan Sultan Omar yg sy rindui itu. Di situlah sy mengenal erti penat lelah bekerja, di situlah sy mula mengenal alam pekerjaan yg membawa sy bertemu dgn berbagai-bagai jenis kerenah manusia, di situ jugalah sy bertemu dgn sahabat-sahabat yg sentiasa ukhuwah dalam suka dan duka. I miss working there very much.Namun, rezeki sy tidak kekal lama di situ kerana sy mendapat peluang mengisi jawatan yg sy dapat skrg. Walau apapun, saat bekerja di Jalan Sultan Omar tetap berbekas di jiwa sy kerana byk memberi sy pengalaman berharga yg tak mungkin sy akan dpt di tempat lain, terima kasih Dato’ dan Datin, Puan Mashitoh di atas peluang yg diberi.




Ukhuwah

Salam sejahtera…

Berjumpa lagi kita di ruang maya penuh kelembapan ini (internet sy sgt slow 2, 3 hari kebelakangan ini), tapi kalu laju sekalipun belum tentu sy rajin nk update blog, hehe… Hari ini duduk di rumah sahaja menyelesaikan tugas-tugas ‘perempuan’ di rumah sementara suami sy mengikut bapa mertua menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kerja mereka. Apa lg, sy yg menunggu ni buat-buatlah rajin kat rumah melaksanakan apa-apa yg patut. Pagi tadi sy ditemani oleh mummy n daddy, tp skrg sy berseorangan, maka rajinlah sy meng 'update’ blog ini. Mummy n daddy sy dh keluar dating ntah ke mana (xpe…bg peluang mereka berdua-duaan).

Sy ingin bingkiskan sedikit pengalaman perjalanan sy dan sahabat sy ke Melaka baru-baru ini (yg merupakan perjalanan kami kali ke-2 dari pantai timur ini). Dalam perjalanan kami pada kali ini, kami sangat-sangat terhutang budi kepada keluarga Ustaz Abd Aziz (dari sebuah sekolah pondok di Kuala Berang) yg sangat berbesar hati melapangkan hati menumpangkan kami di dalam perjalanan beliau satu keluarga. Memandangkan kelas pada baru-baru ini hanyalah 2 hari, beliau membawa bersama isteri dan anak-anak beliau yg comellll itu ke Melaka. Walaupun bersesak di dalam kereta dengan anak-anak, Ustaz Aziz tidak berat hati menunggu kami yang perempuan ini dan mengajak kami “follow” belakang kereta beliau. (Ye la, kami hanya berdua, pasti bimbang jika sebarang kemungkinan berlaku tanpa kehadiran lelaki atau kawan-kawan yg lain) Ustaz Aziz ini sgt tidak berkira, dahlah tak pernah kisah kami mengekori ke mana sahaja mereka pergi, lepas tu belanja kami berdua makan pulak, sepatutnya kami yg belanja ustaz… budi ustaz yg bertanggungjawab ke atas kami amat kami hargai. Ini menyebabkan kami berfikir sejenak mengenai “ukhuwah”. Mungkin inilah sebenarnya yg dikatakan ukhuwah yg sejati. Jika difikirkan, kami tidak membawa sebarang keuntungan kpd Ustaz Aziz sebenarnya, kami hanya menumpang perjalanan ustaz… Tapi oleh kerana rasa bimbang dan tangunggjawab terhadap kami, beliau melayan kami seperti keluarga sendiri. Sedangkan kami hanya mengenali beliau tidak sampai 3 bulan, dan kami hanya mengenali isteri dan anak-anaknya pada hari tersebut, tetapi sangatlah terasa bahawa ukhuwah itu benar-benar wujud atas dasar keikhlasan yg tulus. Terima kasih ustaz!

Keadaan cuaca yg membimbangkan


Kedai keropok di Kemasik :)


Fatma, Dhuha, dan Izzat yg comel

Sepanjang perjalanan kami, keadaan cuaca sangatlah buruk, sehingga sahabat sy berkata, “kalau takde sape2 yg kita nak follow, mmg aku xberani drive ni” (dahlah sy hanya jd co-pilot semata-mata~xde lesen memandu!) Mana tidak risau, hujan yg mencurah-curah sudah seperti air terjun ketika disapu oleh wiper Waja Silver itu. Huhu. Walaupun begitu, Ustaz Aziz masih lagi sempat berhenti dan singgah ke kedai keropok lekor di Kemasik utk dibawa kpd kawan-kawan di Melaka. Baik sungguh. Dalam perjalanan tersebut, keadaan tersebut menunjukkan kepada kami tentang saling bertanggungjawab sesama manusia, saling memerlukan dan yg paling penting tiada unsur mementingkan diri sendiri di dalam susah ataupun senang. Pada pendapat sy, jika kita mahu bercakap tentang ukhuwah, nilainya bukanlah duit sebagai pengganti, bukan juga budi yg diungkit, bukan kebaikan yg diukur, bkn tempoh sbg halangan, bkn alasan sbg membuka pekung kebaikan sendiri tanpa memandang siapa yg berada di sisi ketika kesusahan. Jika ukhuwah itu kita pegang sepanjang persahabatan, tidak akan timbul situasi memburuk-burukkan sesama sendiri, takkan timbul istilah kacang lupakan kulit, atau gunting dalam lipatan. Apapun, terpulanglah pada anda bagaimana utk mendefinisikan dan mengaplikasikan ukhuwah yg ikhlas dlm kehidupan.


Pada pertengahan perjalanan, sahabat sy mempelawa separuh dari jumlah anak-anak Ustaz Aziz utk menaiki keretanya agar kereta ustaz yg sarat itu sedikit lega utk perjalanan yg jauh ini. Bila 3 org drpd anak-anak beliau bersama kami, barulah terasa ada orang di belakang, barulah terdengar tangis tawa yg memeriahkan suasana di dalam kereta yg sejuk itu (sehingga membuatkan kami teringat tentang tilam dan bantal sepanjang perjalanan). Perjalanan balik semula ke Terengganu juga diiringi oleh keletah anak-anak Ustaz Aziz yg menghiburkan kami. Siapa sangka, hikmah di sebalik perjalanan ini, kami bertemu dgn sahabat baru, dankami dianugerahkan satu hubungan ukhuwah yg baru yg mungkin sukar utk dijumpai :)