RSS

Thursday, December 30, 2010

E.S.O.K

Salam ukhUwah buat semua kawan-kawan, selamat menempuh hari esok, hari baru…. Esok? Esok aku balik kampung, huhuhu…pelik pulak, dah lama tak sebut “nak balik kampung!!!”… hehehe. Erm, esok…lembaran baru, hari baru, nafas baru, semangat baru….diam tak diam kita menghampiri penghujung tahun 2010. Jika disingkap kembali, 2010 merupakan tahun yang penuh warna warni bagi aku (tiap-tiap tahun bila nak masuk tahun baru, kita semua akan ckp ayat ni kan? :P ). Kuakui, setiap tahun dalam hidup aku sentiasa dikurniakan peningkatan dalam menjalani kehidupan, syukur pada Maha Pemurah Yang Satu. Ye la… daripada budak hingusan yang asyik menangis ke sekolah setiap hari (aku tak suka pergi sekolah! ~ dulu la, sekarang KENA suka), daripada remaja yang mentah penuh cerita, daripada mahasiswa yang naïf tak tahu apa-apa, daripada cikgu tuisyen yang entah apa-apa, daripada guru ganti yang penuh tanda tanya, daripada anak yang tak mampu memberikan apa-apa, daripada pensyarah cabuk yang kerek dengan pelajarnya, daripada orang bujang yang macam-macam ragamnya, hari ini aku dijadikan olehNya sebagai manusia yang mampu menikmati ganjaran ke atas masa lalu yang penuh bervariasi, hari ini aku diciptakan olehNya sebagai anak yang tahu menghargai orang tua, hari ini aku diberikan status seorang isteri yang berat tanggjungjawabnya, hari ini aku dimandatkan sebagai pendidik anak bangsa yang perlu sentiasa cekal menempuhi jalan-jalanNya… hari ini juga DIA menganugerahkan hamba kerdil ini sebuah kehidupan dengan kanvas yang seimbang hitam putihnya…dan tugas aku? Semestinya melayari segala yang terbentang di depan mata seusaha daya yang mungkin. Namun, hakikat makhluk yang bernama hambaNya itu, tetap tiada yang sempurna, tidak terbatas oleh cacat cela dan kurang fitrahnya.

Esok kuliah terakhir bagi tahun 2010 aku sebagai pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah/JAIM/Sekolah Bestari ~ Universiti Pendidikan Sultan Idris. Petang tadi dapat kad matrik, sangat tak cantik :( jangan marah erk orang-orang UPSI! Haha…memang dop lawo pon. Kad matrik masa jadi pelajar UKM dulu lagi lawo, hohoho…. Walau apapun, aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil Diploma Pendidikan di bawah tajaan kerajaan negeri. Dalam keadaan semasa negara yang tidak menentu, dengan ekonomi yang tidak stabil, masih ramai siswazah menganggur di luar sana (yang dah ade keje tu bersyukurlah sementara mendapat yang lebih baik), aku masih lagi diberikan rezeki yang bergolek ini walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti dan terpaksa berjauhan dengan suami tersayang, aku tetap perlu tabah untuk kebaikan masa depan aku dan keluarga. Lagipun, tugas aku sekarang merupakan cita-cita arwah Umi aku…semasa hayatnya beliau selalu menyuarakan betapa bangganya melihat anak-anak orang lain menjadi pendidik, betapa bangganya melihat anak-anak orang lain berjaya mengemudi hidup…apakan daya di saat itu aku cuma budak mentah yang tak mampu memberikan apa-apa, betapa aku ingin memenuhi cita-citanya pada masa itu juga…tetapi kini, setelah berjaya aku harungi pahit maung mencapai cita-cita, dia tiada di sisi…namun, dialah satu-satunya permata yang dekat di hatiku, sesungguhnya, IBU YANG MELAHIRKAN tiada ganti…

Esok aku sekali lagi akan melalui perjalanan yang panjang bersama teman seperjuangan menuju ke kampung halaman. Semoga perjalanan esok lancar, maklumlah sekarang di pantai timur cuaca sangat tidak menentu. Walau bagaimanapun, kami akan berkonvoi sebanyak empat buah kereta esok. Semoga selamat semuanya… amin! Bercerita tentang teman seperjuanganku ini, beliau ialah salah seorang penyumbang ‘bahu’ yang besar di kala aku memerlukan (banyak bahu-bahu di samping aku sebenarnya, ini salah seorang darinya). Erm, tanpa beliau tak mungkin aku sekuat ini menempuhi segala macam ragam kehidupan sepanjang 2010. Dia antara orang penting dalam hidupku, dialah teman yang sanggup bersusah payah mengambil peranan semasa majlis perkahwinanku, dialah orang yang bersedia berada di sampingku ketika hormon aku tak stabil, dialah juga satu-satunya teman yang banyak kerenah sengal-sengal yang payah untuk didapati di tempat keje aku skrg, muahahaha, tanpa dia, takde la geng utk aku merapu-rapu. Apapun, terima kasih teman!

Esok juga adalah hari yang aku nanti-nantikan untuk bertemu suami tercinta! Dialah suami yang tidak jemu melayan kerenahku dan setia menunggu kepulanganku, juga suami yang tak kenal erti putus asa memberi kekuatan pada aku tentang ragam dunia,… sesungguhnya jodoh kami telah tertulis sejak azali sebagai pasangan yang saling melengkapi. Dialah di hati hingga hujung nyawa…amin.


Hari ini aku ingin melelapkan mata dengan senyuman selebar 700 inci sebagai permulaan hari ESOK yang bahagia! Selamat malam ;)


Menghitung Detik

Aura nak balik kampung......!


















Jom balik kampung...