RSS

Tuesday, January 4, 2011

I Love You All


Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera buat semua blogger dan pembaca… Tahun baru ok x? Apa azam tahun ni? Erm, ini merupakan penulisan pertama saya pada tahun 2011 ini… :) Mood sy skrg? Sy sgt happy kerana tahun baru sy bermula dgn semangat baru, dunia baru, azam baru, kurniaan baru, suasana baru yang indah…ORG BARU??? Belum lg…ehe…

Sekembalinya sy dari negeri bersejarah Melaka empat hari yg lalu, baru mlm ni mood nak menulis dtg. Kenapa? Rahsia, hahaha… Sgt teruja sebenarnya setelah sekian lama tidak berjauhan dgn rumah keluarga di Chabang Tiga, kini sy melalui kembali saat-saat menjadi pelajar dan berjauhan dgn keluarga. Dulu ditakdirkan berjauhan dengan umi, walid, adik beradik, tapi sekarang berjauhan dengan SUAMI dan MAK BARU :) Apabila pulang bercuti buat pertama kali pada 31 Disember 2010, sy sgt seronok...pertama of coz sbb dpt jumpa suami, keluarga, dan keluarga mentua yg dirindui, yg kedua sy suka sgt sbb semua baju2 kotor sy telah dibasuh oleh suami tercinta, bilik berkemas bersih, ruang tamu tersapu licin, beranda dan tangga juga tiada habuk langsung, fuh… rupanya suami sy ni ada bakat jd househusband :P heheh. Tapi yg tak besnya, dia basuh semua baju2 sy, tp ke manakah baju2 dia??? Ha…Baju2 dia semua dia hantar kat umah mak mentua sy dan kakak ipar sy utk dicuci..huhu, bertuah sungguh. Kalaulah sy tahu, tentu sy xbagi mak mentua sy dan kakak ipar sy bersusah payah membasuh baju2 suami sy, sy beruntung kerana dikurniakan keluarga mentua yg sgt baik dan menerima sy dan kelemahan sy seadanya. Sy sgt berterima kasih kpd mereka krn menolong sy menjaga makan minum suami sepanjang ketiadaan sy di sisi suami. Terima kasih semua :)

Hari ini sy masih lg tidak masuk bekerja memandangkan terdapat beberapa perkara yg tak dpt dielakkan. Esok sy nak masuk kerja dgn penuh semangat baru, nak jumpa students lama (students baru xmasuk lg). Apa agaknya perkembangan students diploma yg buat kertas projek di bawah seliaan sy, erm, harap2 dpt selesaikan mereka sebelum kembali ke Melaka pd 8 Januari 2011 nanti. Maafkan sy anak2 sekalian kerana masih lg xdpt bersua muka dgr kalian, tp xpe, sy tahu, kalian hebat :) Esok juga sy akn jumpa cc baru, kaunselor baru, mcm ne agaknya gerangan mereka itu. Byk perkara dan situasi berubah menjadi baru sejak meninggalkan bumi Terengganu, terasa lama pulak sy tidak berada di sini, walaupun xsampai 2 bulan. Namun, inilah hakikat kehidupan, setiap hari ada saje perkara baru, perubahan baru, cuaca baru, orang-orang baru di sekeliling kita, jika dihitung tidak tercapai dek akal barangkali. Apapun yg berlaku di sekeliling kita, baru atau lama, kuat atau lemah, kurang atau lebih, sedih atau gembira, hidup mesti diteruskan, semoga kita sama-sama tidak menjadikan sesuatu perkara kecil yg mendatang sbg halangan utk kita mencapai sesuatu yg lebih besar di hadapan kita, dan semoga perkara-perkara besar yg melalaikan tidak membantutkan niat kita terhadap perkara-perkara kecil yg lebih berharga utk kita lakukan. Sesungguhnya, kitalah yg mengemudi hidup kita, bkn org lain… siapa kita pd hari ini sebenarnya menggambarkan siapa kita pd hari esok. Jadi, laluilah hari-hari kita dgn sebaiknya (Pesanan ikhlas ini juga ditujukan buat diri sendiri :)

Akhir kalam, kepada Dr. Ramlah, jika Dr. membaca blog ini, diharapkan lengkaplah 20% utk tugasan individu sy :) Sekian. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment